Assalamualaikum..
Terima kasih kepada mereka yang sabar menanti kemunculan blog 2nd season ni. Blog kali ni lain sikit. Aku suka bercerita kisah general. Untuk menyedarkan mereka yang belum sedar akan dunia ini hanya sementara. Juga untuk mereka yang telah memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan aku hingga terhasilnya dayvelangel. Hehe.. Mission to destroy lagi tuh..
Untuk sesapa yang suka berjanji tu, tunaikanlah sementara Allah masih pinjamkan nyawa. Tunaikan seberapa sempurna yang mungkin kerana mungkir janji itu adalah sifat orang-orang yang munafik. Jangan tergolong dalam golongan mereka. Bagi janji, tidak ditunai. Bagi harapan, dihancurkan. Tidak terfikirkah di tempat meraka yang diberi janji dan harapan itu pabila segalanya dimungkiri dan dikhianati. Ibarat lemas di samudera nan luas, sukar bernafas dan berfikir. Air laut yang tertelan mencucuk dada dan melemahkan pernafasan. Begitulah sakit dan sesak rasanya.
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment