Wednesday, October 28, 2009

Penat Jadi Lilin

Apa yang penting dalam hidup ni? Adakah dengan membahagiakan orang lain atau membahagiakan diri sendiri? Dah tentu kena bahagiakan diri sendiri dulu, kan? Terangi kehidupan sendiri sebelum menerangi kehidupan orang lain.

Macam mana kalau menjadi lilin? Diri terbakar untuk memberi sinar pada kawasan sekitar. Adilkah? Kalau masyarakat sekitar boleh hargai takpe la jugak. Ini tidak, makin kite berlembut, makin masayrakat memijak dan menindas kite. Paling tak tahan, bile jiwa, hati dan hidup kite diganggu.

Aku cukup benci pada masyarakat yang mengganggu hidup aku. Pasti akan ada balasan untuk mereka. Peduli apa dengan rasa sayang atau kasih. Saudara atau jiran. Kawan atau sahabat. Balasan tetap mereka akan terima. Dah berbakul sumpah seranah, maki hamun yang aku kumpulkan dalam hati. Sampai masa, dendam ni akan terbayar juga. Penat memberi madu sedangkan hempedu yang aku terima.

Tuesday, October 27, 2009

Mungkir Janji Sifat Munafik

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada mereka yang sabar menanti kemunculan blog 2nd season ni. Blog kali ni lain sikit. Aku suka bercerita kisah general. Untuk menyedarkan mereka yang belum sedar akan dunia ini hanya sementara. Juga untuk mereka yang telah memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan aku hingga terhasilnya dayvelangel. Hehe.. Mission to destroy lagi tuh..

Untuk sesapa yang suka berjanji tu, tunaikanlah sementara Allah masih pinjamkan nyawa. Tunaikan seberapa sempurna yang mungkin kerana mungkir janji itu adalah sifat orang-orang yang munafik. Jangan tergolong dalam golongan mereka. Bagi janji, tidak ditunai. Bagi harapan, dihancurkan. Tidak terfikirkah di tempat meraka yang diberi janji dan harapan itu pabila segalanya dimungkiri dan dikhianati. Ibarat lemas di samudera nan luas, sukar bernafas dan berfikir. Air laut yang tertelan mencucuk dada dan melemahkan pernafasan. Begitulah sakit dan sesak rasanya.