Sunday, November 29, 2009

Mana kawan, mana lawan?

Macam mana ya kite nk kenal mana satu kawan kite dan mana satu lawan kite? Saat yang paling mudah untuk kite kenal mereka, adalah tatkala kite dilanda musibah, masalah, bersedih. Tengok, sape yang ada disekeliling kite yang sudi membantu sekurang-kurangnya menjadi pendengar setia, dialah KAWAN kite. Tapi, bila masa kite berduka, mengahadapi situasi sulit, dan semua yang kite bantu dulu hilang, dialah LAWAN kite. Dia cuma kawan ketika senang. Time kite susah, dia yang cabut dulu..

Kenapa topik ini yang dibincangkan? Kerana baru berlaku pada diriku. Aku DITINGGAL sendiri olehnya yang selalu aku bantu dan dengar setiap butir masalahnya. Aku DIBIAR sendirian melawan emosi aku yang sangat tidak menentu ketika itu. Mana kau disaat aku perlukan? Hingga ke saat ini, kau tidak juga muncul. Memang kau manusia yang mudah lupa..!!!

Tuesday, November 17, 2009

Kau lelaki dayus yang tak reti bersyukur!!

Gerun seh tengok tajuk. Sape agaknye lelaki itu? Aku tak tuduh sesapa. Juz peringatan untuk semua yang bergelar lelaki. Malukah kalian dengan gelaran itu? DAYUS? Rasanye, andai kalian lelaki sejati, mesti dah melenting bile baca. Sekali lagi, DAYUS.. haha.. mmg layak gelaran itu untuk mereka yang lembik dan tak tegas dalam hidup. Umpama lalang. Angin ke kiri, kirilah perginya. Angin ke kanan, kananlah lentoknya. Come on lah.. hidup makin dewasa.. Makin matang seharusnya. Ini tidak, kenapa masih belum tetap fikiran? Kenapa masih hanyut bersama mimpi-mimpi indah. Apa orang kata tu? Angan-angan mat jenin? Haha.. kesian..

Hidup ni sangat singkat. Esok lusa kite akan dijemput Tuhan nan satu. Bersediakah kite menghadapi hari mati? Sebelum mati, apa yang ditinggal untuk waris? Beban kah atau harta kah atau amal kah? Fikirlah sendiri. Diri kite, hanya kite yang tahu selok beloknya..

Sentiasa bangkit untuk majukan diri, itu yang paling elok. Sentiasa bersemangat untuk teruskan perjuangan, itu yang dituntut. Bukankah kite perlu mencari harta seolah-olah kite akan hidup selamanya dan disuruh beribadah seolah-olah esok ajal kite? Mana itu semua? Kenapa jadi orang yang mudah lupa?

Manusia... ke setan?

Habis madu, sepah dibuang. Dahla dibuang, bersepah-sepah pulak. Hmmm... manusia manusia. Itulah manusia yang tak reti mengenang budi. Ambil madunye je. Ambil manisnye je. Tinggal yang pahit, langsung dicuit pun tdk. Dilupakan lagi.. Dasar tak tahu diuntung. Tak tahu mengenang jasa. Tak tahu yang banyak masa dan perhatian telah dikorbankan untuknya. Tapi, tetap tak tahu bersyukur dan berterima kasih. Sebalinya, dihancurkan pula kehidupannya.

Golongan seperti ini tak perlu wujud di muka bumi. Hapuskan saje jasadnya. Kalau boleh, taknak ada kesan jejaknya pun. Hapuskan, hapuskan terus!!! Lenyapkan denyut nadinya. Hentikan hembusan nafasnya. Geram teramat untuk golongan ini. Geram!! Benci!! Semoga ada balasan setimpal untuk mereka. Allah Maha Adil.

Sunday, November 1, 2009

Ku Cinta Apa Adanya Kamu

Layan.. lagu jiwang.. sedey sey.. sob sob..

Kuamati semua
menatapmu aku bahagia
Sedianya bila diriku
Bisa menjadi kekasihmu

Tinggallah aku menanti
Cinta ini terus tertuju
Dalami hatimu yang galau
Ku mahu kamu seadanya

*
Jadikanlah aku cintamu bersemi untuk kita
Biar waktu nanti yang bicara ku lugu menanti
Kuterima engkau seperti yang ini apa adanya
Biar hati kita yang bicara ku cinta apa adanya kamu

Tinggallah aku menanti
Cinta ini terus tertuju
Sedianya bila diriku bisa menjadi kekasihmu

Wednesday, October 28, 2009

Penat Jadi Lilin

Apa yang penting dalam hidup ni? Adakah dengan membahagiakan orang lain atau membahagiakan diri sendiri? Dah tentu kena bahagiakan diri sendiri dulu, kan? Terangi kehidupan sendiri sebelum menerangi kehidupan orang lain.

Macam mana kalau menjadi lilin? Diri terbakar untuk memberi sinar pada kawasan sekitar. Adilkah? Kalau masyarakat sekitar boleh hargai takpe la jugak. Ini tidak, makin kite berlembut, makin masayrakat memijak dan menindas kite. Paling tak tahan, bile jiwa, hati dan hidup kite diganggu.

Aku cukup benci pada masyarakat yang mengganggu hidup aku. Pasti akan ada balasan untuk mereka. Peduli apa dengan rasa sayang atau kasih. Saudara atau jiran. Kawan atau sahabat. Balasan tetap mereka akan terima. Dah berbakul sumpah seranah, maki hamun yang aku kumpulkan dalam hati. Sampai masa, dendam ni akan terbayar juga. Penat memberi madu sedangkan hempedu yang aku terima.

Tuesday, October 27, 2009

Mungkir Janji Sifat Munafik

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada mereka yang sabar menanti kemunculan blog 2nd season ni. Blog kali ni lain sikit. Aku suka bercerita kisah general. Untuk menyedarkan mereka yang belum sedar akan dunia ini hanya sementara. Juga untuk mereka yang telah memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan aku hingga terhasilnya dayvelangel. Hehe.. Mission to destroy lagi tuh..

Untuk sesapa yang suka berjanji tu, tunaikanlah sementara Allah masih pinjamkan nyawa. Tunaikan seberapa sempurna yang mungkin kerana mungkir janji itu adalah sifat orang-orang yang munafik. Jangan tergolong dalam golongan mereka. Bagi janji, tidak ditunai. Bagi harapan, dihancurkan. Tidak terfikirkah di tempat meraka yang diberi janji dan harapan itu pabila segalanya dimungkiri dan dikhianati. Ibarat lemas di samudera nan luas, sukar bernafas dan berfikir. Air laut yang tertelan mencucuk dada dan melemahkan pernafasan. Begitulah sakit dan sesak rasanya.